3 orang telah ditahan dengan I.S.A hari ini (12 September 2008) iaitu Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng (Wartawan Sin Chew Daily) & YB Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
Bagi aku, apa jua kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga mereka (setakat ini) ini, wajib dibicarakan di Mahkamah. Menahan tanpa bicara, adalah satu kezaliman. Apa jua kesalahan yang dilakukan oleh mereka, bukan tiket untuk menahan secara membuta tuli!
Pak Lah boleh bagi apa jua alasan, tetapi 'Imam Besar Hadhari' mesti akui ISA adalah akta yang paling kejam yang masih bermaharajalela di Malaysia. Bagi aku, yang menganut AGAMA ISLAM, aku WAJIB MENENTANG AKTA I.S.A ini. Ia ZALIM....! ZALIM...! ZALIM...!
Antara Kamunting dan Guantanamo Bay
Terdiam seketika.Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.
Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.
Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]
Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.
Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.
Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:
- Yusuf tidak bersalah
- Pemenjaraannya tanpa had masa.
Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.
Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.
Masakan tidak?
Ditahan tanpa bicara.
Ditahan tanpa had masa.
Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.
Tanpa harapan tiada kekuatan.
Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.
Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.
Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasiNapoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!
Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya
Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem
Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.
Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)
Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.
Sumber : Lot 250










Joseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Beliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.
"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya -
Raja Petra (kiri) sedang berdepan dengan beberapa saman, termasuk tuduhan menghasut dan melakukan fitnah selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.
Sementara itu, parti pembangkang, PKR turut mengecam keputusan kerajaan itu, yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional.
Salahuddin menegaskan, PKR memandang serius tentang kemungkinan ia merupakan langkah permulaan dalam percubaan yang lebih besar untuk mengekang rakyat Malaysia daripada mengakses internet, yang selama ini menjadi benteng kebebasan bagi mereka yang mahu mendapatkan pandangan alternatif.
Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

