Wednesday, April 30, 2008

GEMPAR... Buku, VCD jenayah Menteri dari Umno tersebar

Buku, VCD jenayah Menteri dari Umno tersebar

Oleh Agendadaily
Rabu, 30 April 2008


GEMPAR...
sebuah buku yang mendakwa tentang jenayah seorang Menteri dari parti UMNO kini sedang beredar dengan agak meluas khususnya di kalangan orang-orang politik.

Buku berkenaan yang dikesan diedarkan sejak Isnin lalu memuatkan dakwaan kes jenayah membabitkan Menteri itu dengan disertakan dokumen-dokumen dan gambar.

Agendadaily yang menerima salinan buku tersebut mendapati ia turut disertakan dengan cakera video rakaman pengakuan pihak yang membuat dakwaan tersebut.

Berita dan gambar akan menyusul.

Sumber : KLpos

Ambutit - Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Anwar Tidak Perlu Bertanding …
Oleh: Insan Berguna
April 29, 2008

Apakah Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?

Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Kak Wan boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.

Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Kak Wan boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.

Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Kak Wan mengundurkan diri. [Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?]

Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.

Anwar tetap Anwar. DIa mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya. Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.

Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.

Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.

Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.

Tetapi Anwar tetap Anwar.

Sekian, IB

Sumber : IB

Ambutit - Kalau dah jodoh/rezeki tak kemana...no matter how, when, where & why...

Setelah 10 tahun…

Setelah 10 tahun, inilah pertama kali bekas Timbalan Perdana Menteri melangkah masuk ke parlimen. Kalau dahulu beliau masuk sebagai ahli parlimen merangkap Menteri, kini beliau melangkah masuk sebagai suami kepada Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun sudah 10 tahun tidak menjadi ahli parlimen, beliau tetap menjadi tumpuan media tidak kira tempatan mahupun luar negeri. Sila klik disini untuk membaca berita lanjut dari Malaysiakini.

Sidang parlimen bagi penggal ini sudah pasti menjadi hangat. Jumlah ahli parlimen pembangkang sebanyak 82 orang sudah pasti akan menggemparkan perbahasan kali ini.

Ketika ditemui wartawan, Anwar berkata, “Saya sudah masuk, saya tak akan keluar”. Cuba teka siapa yang paling takut jika terbaca berita mengenai ini?

Yang menarik juga dalam sidang parlimen kali ini apabila kita dapat menyaksikan beberapa orang “blogger “masuk ke parlimen. Jeff Ooi adalah diantara penulis blog yang dipilih oleh rakyat untuk masuk ke parlimen.

Ketika kempen pilihanraya yang lalu, dalam salah satu ucapannya di Pulau Pinang, Jeff Ooi berjanji kepada pengundi bahawa beliau tidak akan membiarkan menantu PM, Khairy Jamaluddin “tidur lena”. Diharap Jeff akan menunaikan janjinya untuk “mengajar” menantu PM yang angkuh itu apabila sidang parlimen bermula.

Akhir kata, selamat bersidang kepada seluruh ahli parlimen. Apabila berbahas hanya satu perkara yang paling penting untuk diingati, “kepentingan rakyat harus diutamakan” sepertimana yang dikatakan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan didalam ucapannya.

Sumber - AI@Black

Ambutit - Selamat bertugas Yang Berkhidmat semua...rakyat adalah keutamaan....
Coretan YB oh YB
Jelingan Liar
Wed | Apr 30, 08 | 4:57:08 pm MYT


Pembukaan parlimen semalam menyaksikan pelbagai aksi dan gaya Ahli Parlimen (YB) baru dan lama.

Pokok Sena, Mahfuz Omar: Di Dewan Banquet, beliau ditegur seorang petugas parlimen "Hai YB selongkar baju lama ke ? (baju istiadat yang dipakai semalam).

Dengan senyum simpul YB kita menjawab: Biasa la, baju lama selongkar balik sambil membelek bajunya yang nampak masih baru.

(Bagus YB yang lama tidak dilupakan. Ini yang sepatut diamalkan YB lain dan tidak membazir)

Rembau, Khairy Jamaluddin: Menantu kesayangan PM kita nampak susut sikit. Keadaannya dilihat ketika beliau keluar dari dewan Banquet selepas jamuan makan sempena pembukaan parlimen.

Bagaimana dia pun masih melemparkan senyum kepada mereka yang berada di situ.

(apo kone eh jang?, mana Nori?)

Jelebu, Dato' Seri Rais Yatim: Bertuah Rais, isterinya Datin Maznah Rais mendapat perhatian apabila mengenakan baju terglamor berkebaya labuh dengan manik yang mengerlip-ngerlip.

Dikena pula gaya rambutnya yang ala-ala 'square layered' gitu. Sekali pandang macam awal 30-an.

(Amboi! patutlah Dato' Seri tak lepas tangan Datin Seri)

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali: YB kita ni kehilangan buku catatan dan teks ucapan Agong. Kelam kabut juga dia mencari barangan di Dewan Banquet. Puas dia bertanya kepada pelayan-pelayan. Malangnya tak jumpa-jumpa.

(Hai YB, Apa yang diingat tu ....)

Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar: Puteri sulung Ketua Pembangkang ni seolah-olah jadi 'model' bila dia diajak bergambar oleh hadirin yang hadir.

Dari dalam hingga ke pintu masuk parlimen tak henti-henti lensa kamera fokus kepada Nurul yang berkebaya labuh bersama peminat-peminat.

Mungkin peminat nak buat kenangan dengan ahli politik muda dan ayu ini.

(Tak sabar nak tengok Nurul berbahas lantang macam bapanya)

Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim: Cakap-cakap mengatakan September ini beliau akan menjadi orang nombor satu negara kian terserlah.

Nampak saja kelibatnya di parlimen media terus mengerumuni mantan timbalan perdana menteri.

Para wartawan berebut-rebut mengajukan soalan.

Malah semasa majlis makan di Dewan Banquet masing-masing menunggu Anwar untuk mendapat reaksi mengenai kehadirannya.

"Sepuluh tahun saya tidak datang ke sini, mungkin selepas ini saya akan datang lagi kot" katanya kepada wartawan.

"Saya mengiringi isteri saya hari ini,"

(Apakah ini petanda awal beliau akan menduduki takhta perdana menteri yang ke-6). - mns

Sumber : Harakahdaily

Ambutit - Assalamualaikum YB.......

Ubah cara Umno layan komponen BN
Soon Li Tsin | Apr 30, 08 6:51pm

Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik mencadang beberapa pendekatan untuk memulihkan semula kekuatan Barisan Nasional (BN), bermula dengan mengubah cara Umno melayan parti-parti komponen BN yang lain.

“Langkah pertama ialah menyakinkan Umno bahawa sikap cepat puas hati, angkuh dan salahguna kuasa mesti dihentikan.

lim keng yaik interview 280408 08“Ubah cara bagaimana Umno harus melayan parti-parti komponen BN serta memberi tanggapan kepada rakyat pelbagai kaum bahawa kita sama-sama duduk semeja merancang untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk satu kaum sahaja," katanya.

Tegasnya, parti-parti komponen BN tidak boleh dilihat seolah-olah seperti meminta sedekah dan persepsi inilah yang telah bertukar menjadi undi negatif dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pendekatan kedua, tegas bekas menteri tenaga, air dan komunikasi itu ialah untuk kesemua 14, termasuk Umno, bergabung dan menjadikan BN sebuah parti pelbagai kaum.

Jika usaha itu gagal, katanya, 13 parti komponen BN yang lain boleh bergabung jika Umno tidak mahu berbuat demikian.

“Jika Umno tidak boleh menerima penggabungan BN menjadi sebuah parti pelbagai kaum [...] maka parti-parti komponen BN yang lain boleh memikirkan untuk bergabung dan menjadi rakan kepada Umno.

Senario politik baru

lim keng yaik interview 280408 05“Daripada bertindak mengikut cara masing-masing, (13 parti komponen BN itu) boleh menjadi sebuah parti yang besar dan ia akan memberi kesan yang lebih besar untuk berdepan dengan Umno," tegasnya dalam wawancara dengan Malaysiakini Isnin lalu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Bekas presiden Gerakan itu juga mengakui bahawa beliau gagal untuk mengubah senario politik dan BN untuk menerima pendekatan politik pelbagai kaum.

Lim secara tidak langsung mengakui kekalahan Gerakan itu ada kaitan dengan Umno walaupun berulangkali menegaskan bahawa beliau tidak mahu "menuding jari"

“Dalam kawasan majoriti Melayu, Umno menyumbang (undi), tetapi Umno tidak menyumbangkan (undi) Melayu di kawasan bandar. Kerusi pengundi campuran yang selamat sejak 15 tahun lalu, adalah yang paling teruk terjejas (dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu).

umno 2007 pemuda keris 061107 group“Bukan Melayu melihat keangkuhan Umno, ketuanan Melayu, keris dihunus, dan cara mereka berucap di perhimpunan agung Umno.

'Siapa puncanya'

“Kita (Gerakan) juga tidak menyumbang undi. Kita juga gagal. Tetapi siapakah yang menjadi puncanya?" tegas beliau.

Ditanya mengenai pertikaian dalam Umno sekarang, Lim berkata, jika parti itu berterusan begitu, ia akan memberi kesan negatif dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Jika anda mahu menyelesaikan (pertikaian itu), lakukan dengan segera. Dan ia hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin Umno. Mereka perlu tahu apa yang terbaik untuk parti tersebut," tegasnya.

Umno berdepan dengan masalah dalaman apabila ada ahli-ahlinya yang mendesak supaya dilakukan peralihan kuasa daripada presidennya yang juga perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Lim meramalkan bahawa Pakatan Rakyat juga akan berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh BN selama ini.

“Mereka akan berdepan dengan masalah yang sama yang kita hadapi selama ini. Mereka akan terpaksa menyelesaikan masalah dengan PAS sepertimana kita perlu menyelesaikan masalah dengan Umno.

“Mereka akan perlu menyelesaikan masalah masyarakat minoriti kaum India dan yang lain-lainnya secara saksama," katanya.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - ArmNoMore terpaksa mengalah kepada parti yang jauh lebih kecil umtuk kesinambungan survival politiknya, memandangkan dirinya dah tak segagah dulu dimana pandangan parti minoriti sering dipandang enteng....
Sesi tergendala, tiga soalan dijawab
Apr 30, 08 12:46pm

Sesi soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa anggota parlimen termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat sehingga mendorong yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali meminta mereka duduk untuk meneruskan sesi soal jawab.

Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan.

Keseluruhannya hanya tiga soalan dapat dijawab setelah tempoh sesi soal-jawab selama satu setengah jam berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Persidangan bermula dengan pengumuman pelantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang.

Sesi pertama sidang pertama penggal ke-12 disiarkan secara langsung di RTM 1, satu langkah baru selepas pembangkang meraih jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya umum.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Kalau teratur tak le kena persoalkan...persidangan pun akan berjalan lancar tanpa gangguan...

Pandithan meninggal dunia
Apr 30, 08 11:23am

Presiden Barisan Progresif India (IPF) Tan Sri MG Pandithan meninggal dunia pagi ini selepas menderita leukemia.

Pandithan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 8.30 pagi pada usia 68 tahun.

Beliau dipecat daripada MIC 20 tahun lalu selepas menghadapi pergeseran serius dengan presidennya Datuk Seri S Samy Vellu.

mg pandithan funeralTokoh politik etnik India itu menampilkan dirinya sebagai pejuang mereka yang miskin dan terpinggir dalam etnik tersebut.

Samy Vellu sering mendakwa musuhnya itu bermain "politik kasta" untuk meraih kepopularan - bagaimanapun kedua-duanya saling bermaafan tahun lalu.

Pergeseran Samy Vellu-Pandithan bermula pada 1988 apabila presiden IPF itu diberikan surat tunjuk sebab selepas didakwa mengamalkan politik berorientasikan kasta.

Pada 4 Jun tahun itu, Pandithan - ketika itu naib presiden MIC - memulakan mogok lapar di hadapan bangunan ibu pejabat parti dengan membawa bersama keranda untuk menandakan bahawa demokrasi telah mati dalam partinya.

Bantahan itu mendorong pemecatan Pandithan daripada MIC pada 16 Julai 1988, bersama 13 lagi penyokong kuatnya.

Digugurkan

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pandithan dilahirkan pada 3 April 1940 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tamil San Peng sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah St Anthony di Kuala Lumpur. Beliau adalah pemegang diploma dalam bidang kewartawanan.

Ayahnya, Muthandi Palanisamy adalah tukang sapu bandaraya dan ibunya, M Karupayee, adalah seorang pencuci kain.

Pandithan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 1986 tetapi digugurkan pada 1989 selepas disingkirkan dari MIC.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan sambilan di akhbar Tamil Nesan sebelum bekerja sepenuh masa dengan akhbar itu sehingga menjadi seorang penyunting.

Pandithan menyertai MIC sebagai seorang ahli biasa pada 1975 sebelum menjadi pengerusi MIC cawangan Loke Yew-San Peng setahun kemudian. Pada 1977 beliau dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC dan empat tahun kemudian menjadi seorang naib presiden.

Pada 1985, beliau dilantik sebagai senator dan pada tahun berikutnya, menjadi ahli parlimen Tapah. Dalam pemilihan parti pada 1987 beliau kekal menjadi naib presiden sebelum terlibat dalam perbalahan dengan Samy Vellu pada 1988.

Berbaik semula

Pada mulanya IPF menyertai pembangkang dan pada pilihanraya 1990, Pandithan bertanding bagi kerusi Parlimen Teluk Intan tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional.

Namun, pada pilihan raya berikutanya pada 1995, IPF menyokong BN. Pada tahun yang sama, Pandithan sekali lagi dilantik menjadi senator.

Pada tahun 2000, Pandithan, dihadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz 230E oleh ahli-ahli IPF sebagai penghargaan kepada usaha dan jasa beliau.

Hubungan beliau dengan Samy Vellu kembali pulih 20 tahun kemudian. Malah pada perhimpunan agung IPF pada 2007, Pandithan mengisytiharkan Samy Vellu sebagai wira kaum India.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Takziah kepada keluarga mendiang

Tuesday, April 29, 2008

LAILATULQADAR datang hanya sekali

Hishamuddin Rais

Ketika saya membesar di Jelebu, di minggu akhir di setiap bulan Ramadan saya akan memasang lampu pelita di sekeliling kawasan rumah saya. Cahaya pelita ini adalah tanda, nahu dan bahasa sebagai persediaan dari seorang kanak-kanak untuk menyambut malam Tujuh Liku atau malam kesampain Lailatulqadar. Satu malam yang paling suci lagi kudus berbanding dengan seribu malam-malam yang lain.

Mitos malam Lailatulqadar mengajar saya sebagai kanak-kanak untuk menyimpan harapan, mimpi dan niat. Kami kanak-kanak cukup bijak untuk menyimpang siurkan ajaran agama yang kami sendiri pun kurang arif. Kami cukup yakin bahawa di malam Lailatulqadar ini ada satu ketika di mana semua makhluk dan tumbuhan di bumi ini akan menyembah sujud kepada pencipta Yang Maha Esa. Pada malam yang mana satu? hari yang mana? jam berapa? Detik dan saat yang mana Lailatulqadar ini akan sampai tidak pernah di ketahui. Malam ini menjadi satu misteri untuk kami kanak-kanak.

Dari apa yang disurahkan, malam kudus ini hanya akan ditemui oleh mereka yang warak, suci dan beriman. Tetapi untuk kami kanak-kanak – iman, suci dan warak – bukan perhitungan. Saya menunggu kesampaian malam ini kerana saya memiliki seribu satu macam permintaan yang ingin saya sampaikan kepada Yang Maha Esa.

Dari surah orang tua-tua Malam Lailatulqadar akan melawati satu kali sahaja sesiapa yang bernasib. Kedatangannya mungkin dapat dilihat dan mungkin tidak dapat dirasai. Seperti ia sampai, malam ini juga akan pergi tanpa gendang dan nobat. Pernah saya mendengar riwayat bagaimana seorang lelaki warak ketika ingin mengambil air sembahyang telah meletakkan songkoknya di tepi perigi. Bila selesai berwuduk si Alim ini terperanjat besar kerana songkoknya telah tersangkut tinggi di pucuk kelapa. Ini berlaku kerana ketika si Alim ingin berwuduk Lailatulqadar telah sampai. Rupa-rupanya songkok telah diletakkan di daun kelapa kerana ketika itu pokok kelapa sedang bersujud kepada Yang Maha Esa.

Sayangnya Lailatulqadar datangnya hanya sekali. Si Warak ini tidak membuat apa-apa permintaan. Apa yang saya surahkan tadi adalah mitos pada zaman saya kanak-kanak. Apa yang ingin saya sambung di sini bukan mitos tetapi politik yang di eja dengan huruf K – realpolitik.

Sesudah pilihan raya ke 12 , Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu wadah untuk membawa politik baru. Pada awalnya ramai yang memiliki pendapat bahawa 5 negeri yang telah di menangi oleh Pakatan Rakyat perlu dijadikan negeri contoh. Ertinya ada ketelusan, ada keterbukaan dan ada sistem pentadbiran yang menyebelahi kepada tuntutan rakyat. Tanpa amalan rasuah dan tanpa birokrasi yang menyusahkan, maka negeri-negeri ini akan makmur. Pada pilihan raya yang akah datang 5 negeri Pakatan Rakyat akan menjadi contoh untuk membawa masuk negeri-negeri yang lain.

Bodoh. Ini pandangan bodoh yang tidak memiliki asas politik dan ekonomi. Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan sekarang. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja. Jika tidak diambil sekarang masa dan ketikanya tidak akan berulang lagi. Jangan sampai songkok tersangkut di pucuk kelapa.

Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang enggan dan tidak memahami apa itu konsep Federal/Persekutuan. Barisan Nasional yang selama 50 tahun ini telah memerintah tanpa mengambil indah dan menghormati konsep federal. Persekutuan Tanah Melayu/Malaya/Malaysia adalah negara federalisma di mana ada kuasa kerajaan federal dan kuasa kerajaan negeri. Pemisahan ini jelas dalam Perlembagaan. Kerajaan Barisan Nasional selama 50 ini telah meraban-raban ke hulu ke hilir dengan kuasa mereka tanpa ada halangan. Penyalah gunaan kuasa seperti ini wajib dijadikan sejarah.

Pakatan Rakyat wajib mengambil kerajaan Persekutuan Malaysia secepat mungkin untuk memberhentikan penyalah gunaan kuasa. Lailatulqadar hanya datang sekali sahaja.

Pakatan Rakyat hari ini sedang berhadapan dengan gerombolan Barisan Nasional yang telah kalah teruk. Kita tidak perlu membuka kitab Mao untuk memahami garis politik yang tepat - ketika musuh menyerang kita undur dan ketika musuh lemah kita menyerang. Barisan Nasional kini sedang nazak. Inilah masa yang tepat untuk terus menyerang dan membungkus mereka untuk dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah. Lailatulqadar hanya datang sekali.

Perhatikan apa tingkah laku gerombolan Barisan Nasional ketika mereka nazak. Perjanjian di antara negeri dengan Kementerian Pelancongan telah dilupuskan. Ketua-ketua kampung di Perak telah di berhentikan. Ahli JKK diubahsuai. Fail dan maklumat negeri telah di musnahkan. Ini dilakukan ketika mereka nazak. Bayangkan jika mereka dapat bangun berjalan pasti Pakatan Rakyat akan dipukul musnah.

Lihat pula apa yang terjadi di Selangor. Dana NGO Balkis telah dipindahkan oleh isteri Khir Toyo seolah-olah ini harta datuk nenek moyang mereka yang dibawa dengan tongkang dari Jawa. Ini belum lagi di perinci berapa banyak fail-fail yang telah dikoyak rabak dan dimusnahkan sebelum pentadbiran kerajaan baru dapat memasuki pejabat kerajaan.

Sila jangan lupa apa yang terjadi kepada Radio Selangor? Radio ini adalah hak milik kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba stesen radio ini dipindahkan ke Angkasapuri. Apakah ini dengan niat jahat atau dengan niat baik?

Sila jangan lupa apa yang berlaku pada subuh 15 April 2008. Rumah Dr.Wan Azizah dan rumah Menteri Besar Selangor telah didatangi oleh polis. Polis telah diarahkan untuk mengambil kenyataan dari Wan Azizah dan MB Selangor kerana malam sebelumnya Pakatan Rakyat telah mengadakan satu rapat raksasa di Kampung Baru yang dianggap ‘perhimpunan haram’.

Dengan angkuh pihak polis telah enggan mengambil kenyataan Dr Wan Azizah dan MB Selangor di pejabat mereka. Polis mendesak mereka berbondong-bondong ke balai seolah-olah untuk dilihat umum sebagai orang jahat. Ini arahan siapa? Mereka langsung tidak ada niat untuk hormat kepada Menteri Besar dan Ketua Pembangkang.

Bandingkan dengan kes raba-raba buntut pelayan yang pelakon utamanya Jamaluddin Jarjis. Dari laporan akhbar, kita diberitahu bahawa ketua polis yang sama telah menjalankan siasatan. Tetapi di mana kenyataan Jamaluddin Jarjis ini diambil? Dari laporan akhbar kita hanya di beritahu bahawa “pihak polis telah menemui bekas menteri ini di satu tempat”.

SATU TEMPAT ini di mana? Kenapa Jamaluddin Jarjis tidak diminta datang ke balai polis. Kenapa Wan Azizah dan MB Selangor dipaksa datang walhal kes raba-raba buntut adalah satu jenayah seksual yang amat berbahaya. Ini adalah bukti bahawa pihak polis juga kini telah menjadi perkakas Barisan Nasional. Mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gerombolan Barisan Nasional ini.

Kerana itu Pakatan Rakyat tidak akan selamat jika tidak mengambil kerajaan Persekutuan secepat mungkin. Lailatulqadar datang hanya sekali. Jangan nanti tercengang-cengang apabila melihat songkok tersadai di atas pucuk kelapa.

Saya yakin dalam masa jangka yang singkat gerombolan Barisan Nasional dan United Malay National Organisation akan melakukan pelbagai bentuk sabotaj. Berita telah mula keluar tentang dana federal akan dikurangkan ke lima negeri-negeri Pakatan Rakyat, walhal lima negeri inilah pembayar cukai terbanyak dan penjana ekonomi Malaysia.

Adalah menjadi satu kesilapan besar jika ada penyokong Pakatan Rakyat merasa takut untuk terus mara merampas dan mengambil pentadbiran Persekutuan. Warga dan para penyokong Pakatan Rakyat wajib bersedia dan jangan takut dengan kemenangan.

Jika gerombolan Barisan Nasional ini faham dan menghayati konsep dan falsafah federalisma maka tidak timbul saranan untuk merebut kerajaan Persekutuan. Tidak timbul tiupan sangka kala ini. Kerajaan dalam sistem demokrasi boleh beralih dan bertukar ganti.

Adalah satu kesilapan politik besar jika para pemimpin Pakatan Rakyat cuba menunggu lama dan hanya melihat gerombolan Barisan Nasional yang telah tergelincir kuasa. Mereka yang tergelincir dan berkemungkinan hilang kuasa akan melakukan apa sahaja. Bayangkan berbilion-bilion ringgit dana yang selama ini mereka rompak dan agihkan kepada suku sakat mereka. Tiba-tiba pengaliran dana ini akan dihentikan oleh Pakatan Rakyat.

Bayangkan pula ratusan ribu hektar tanah yang tela berikan oleh Khir Toyo kepada kaum keluarganya di Selangor. Bagaimana pula di Perak, di Negeri Sembilan, di Kedah dan di Pulau Pinang? Semua ini akan dikaji siasat. Dan mereka sedar jika mereka tidak menyerang Pakatan Rakyat mereka semua akan di bawa ke mahkamah. Tetapi buat masa ini kerana mereka sedang bergaduh sesama sendiri maka tenaga dan daya usaha mereka belum sempat di hadapkan kepada Pakatan Rakyat.

Justeru bila musuh lemah kita menyerang. Jangan tunggu mereka kuat. Lailatulqadar hanya datang sekali.

Pakatan Rakyat wajib belajar dari apa yang telah terjadi di Terengganu. Apabila Haji Hadi telah menemui ratusan ribu duit tunai dalam laci Wan Mokhtar pada malam kemenangan di Terengganu pada tahun 2004 dahulu, tidak ada apa-apa tindakan diambil. Ini kesilapan besar. Apabila musuh jatuh itulah masanya kita menerkam. Apabila musuh lemah itulah masanya kita menyerang. Dalam politik kita mesti berani mencekik leher seteru politik kita. Jika tidak musuh ini akan menyusun untuk bangun dan melawan kembali.

Rakyat sedang menunggu untuk merebut kemenangan. Kerajaan Persekutuan wajib diambil secepat mungkin. Saat dan masanya untuk bertindak ialah sekarang. Jangan biarkan saat itu beredar. Malam Lailatulqadar hanya datang sekali. Lima tahun dari hari ini jangan ternganga dan tercengang kerana songkok tersangkut di atas pucuk kelapa.

Sumber - AI@Black

Ambutit - peluang yang sebegini baik selalunya hanya datang sekali seumur hidup, jadi sambarlah peluang yang lalu depan mata....
anwar ibrahim 290408
Anwar iringi Azizah di Dewan Rakyat
Apr 29, 08 8:16pm


Selepas tidak menjejakkan kaki selama 10 tahun sejak dipecat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul di Dewan Rakyat - bukan sebagai ahli parlimen.

Penasihat PKR, yang diuar-uarkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil agar dipilih sebagai anggota dewan itu, hadir sebagai pasangan ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menghadiri acara perasmian sidang ke-12 parlimen yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga majlis santapan baginda bersama ahli-ahli parlimen dan pasangan masing-masing.

Dr Wan Azizah makan bersama Tuanku Mizan Zainal Abidin, manakala suaminya makan bersama Raja Permasuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Menurut laporan Bernama, apabila disoal perbezaan beliau hadir hari ini berbanding sebagai seorang wakil rakyat sebelum 1998, Anwar berkata "10 tahun adalah masa yang panjang dan membuatkan dirinya berasa rendah diri."

Ditanya kemungkinan beliau menjadi anggota parlimen, Anwar berkata:

"Oleh kerana saya sudahpun ada di sini, saya tidak lagi akan menoleh ke belakang.

"Saya fikir tak banyak masalah tapi kita bincang dululah dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Terlalu awal sekarang."

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Masanya akan tiba jua....tungguuuuuuuuu...
Kuil: Dr Khir, jangan salahkan MIC
Apr 29, 08 5:00pm

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) dirobohkan pada 15 November.

"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan perdana menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama.

khir toyo samy vellu and kg rimba jaya templeDalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Mohamad Khir mendakwa Samy Vellu menelefon beliau agar bertindak terhadap kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat upacara penyokong Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

'Henti bercakap'

Dr Mohamad Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober.

"Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil, yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu.

Beliau berharap Dr Mohamad Khir berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.

"Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Khir cuba untuk menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari kepada pihak lain...ingat lagi kes B*#i tu...cukuplah tu khir, akui saja kesilapan yang lepas tu....takde ruginya...
ANWAR IBRAHIM KEMBALI KE PARLIMEN



Ambutit - Bagai sireh pulang ke gagang....menantikan kemunculan DSAI di Parlimen Sebagai PM
Jangan guna parlimen untuk kepentingan politik individu - Sultan Mizan
Roy Rasul & Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin
Tue | Apr 29, 08 | 11:58:46 am MYT


KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) -
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang terpuji demi maruah diri dan negara.

ImageBaginda bertitah demikian di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi.

Baginda menegaskan, ini adalah disebabkan penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan ahli Dewan Rakyat.

"Jadikanlah dewan yang mulia sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas dan hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan yang mulia ini bagi kepentingan politik individu," tegas baginda.

Justeru baginda meminta penyertaan aktif dan perbahasaan yang berkualiti hendaklah menjadi keutamaaan ahli dewan rakyat.

ImageDalam masa yang sama, baginda meminta kerajaan memajukan sektor pertanian dengan matlamat menjadikannya sebagai penjana ketiga pertumbuhan ekonomi negara melalui tranformasi daripada pertanian tradisional kepada entiti komersial.

Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pensijilan halal.

Baginda turut menegaskan, pencapaian ekonomi yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna sekiranya rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan masih berlaku.

Justeru, baginda berkata, sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, usaha-usaha pembanterasan rasuah akan dipertingkat melalui perstrukturan semula BPR dan menubuhkan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia, jawatankuasa Parlimen Imagebebaskan rasuah, dan lembaga penasihat pencegahan rasuah serta penambahan bilangan pegawai pencegah rasuah.

Baginda turut berkata, kerajaan komited untuk mengadakan penambahbaikan memperkasakan sistem kehakiman negara supaya terus kekal adil, dihormati dan bebas dari sebarang pengaruh selari dengan hasrat rakyat.

"Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Sehubungan itu, suruhanjaya pelantikan hakim akan ditubuhkan bagi membantu menilai dan memilih calon yang sesuai untuk dilantik sebagai hakim," titah baginda.

Baginda turut bertitah, pembangunan kerohanian juga penting bagi meningkatkan kesejahteraan umat.

Image"Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah, dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian Islam," titah baginda lagi.

Baginda turut bertitah bahawa pilihan raya umum telahpun berlalu dan rakyat memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan untuk mentadbir negara.

Oleh itu, baginda menasihatkan ahli-ahli Yang Berhormat menunjukkan sifat dan tingkah laku yang terpuji agar nama baik dewan mulia sentiasa terpelihara.

"Laksanakanlah kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian yang aktif dengan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen," titah baginda lagi. - mks.

Sumber : Harakahdaily

Ambutit - SPBYD Agong pun menyindir pemimpin-pemimpin BeEnd yang sedang rancak berusaha menyelamatkan survival politik masing-masing.....Perintah Raja kena dituruti, pantang bangsa melayu menderhaka kepada raja....DAULAT TUANKU...

Jika Indonesia ada Megawati (pemimpin wanita), kenapa tidak di Malaysia?
Izwan Abdul Halim | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 29, 08 | 12:00:31 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh)
- Kalau Indonesia ada (pemimpin wanita) seperti Presiden Megawati kenapa tidak di Malaysia? Image

Demikian lontaran Ketua Pembangkang Parlimen yang baru, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai peluangnya menjadi Perdana Menteri (PM) pada Majlis Makan Malam Ahli Parlimen bersama Ketua Pembangkang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen malam tadi.

"Peluang sebagai PM (akan muncul) ketika kami mempunyai banyak kerusi Parlimen, insya-Allah. Sebelum Anwar dapat memegang teraju itu kerana dia belum lagi menjadi ahli Parlimen serta belum berlaku pilihan raya umum, jadi kalau itu berlaku, saya akan menjadi Perdana Menteri, insya-Allah. Kalau Indonesia boleh ada Presiden Megawati kenapa tidak Malaysia?" ujar beliau penuh yakin dalam lembut tutur katanya.

Ditanya perasaannya kali pertama sebagai Ketua Pembangkang, beliau menjelaskan bahawa ahli Parlimen pembangkang mempunyai matlamat antara lain memberi perbahasan berkualiti.

"Kita menjurus kepada kerajaan yang lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih telus. Jadi saya rasa tugas ini sedikit mencabar, tetapi berikan saya sedikit masa kerana saya masih baru, ini baru hari pertama. Image

"Mereka (ahli Parlimen pembangkang) telah memberi saya sokongan padu dan kita akan melihat satu perbahasan yang rancak dalam sesi Parlimen ini," jelasnya.

Beliau turut mengimbau perjalanannya dalam politik sehingga memegang jawatan Ketua Pembangkang.

"Saya seorang ahli politik yang bukan melalui jalan biasa kerana keadaan dan situasi yang membolehkan saya sampai ke tahap ini.

"Namun seperti yang saya katakan, dengan bilangan ahli pembangkang yang ramai, saya akan mendapat sokongan kuat dan padu bagi memudahkan tugas dipikul dan ada keringanan kerana kerja bersama," ujarnya. - lanh

Sumber : Harakahdaily

Ambutit - Kan slogan yang selama ni di laung-laungkan MALAYSIA BOLEH...takkan ni tak BOLEH kot??....

Monday, April 28, 2008

Mengingati Allahyarham Rustam Sani

Majlis pelancaran dua buku Allahyarham Rustam A Sani di Perpustakaan Selangor menyentuh perasaan kami, sayu setelah kehilangan sahabat, rakan pejuang dan pemikir bangsa yang disegani. Terbayang kepiluan di wajah Rohani dan anak-anak. Namun merasa kagum dengan kecekalan mereka, serta kepetahan perbicaraan kedua anaknya.

Fikiran saya melayang mengenangkan jaguh dan pejuang yang telah kembali ke alam baqa’ - Almarhum-almarhum Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Niamat Yusuf, Sheikh Azmi Ahmad, Usman Awang, A Razak Ahmad, Pak Lang M Zaki A Rashid, Umar Tan dan lain-lain.

Sorotan Sdr Syed Husin Ali, guru dan rakan lama Allahyarham Rustam dan ayahnya Ahmad Boestamam saya kira padat. Beliau menyinggung perawakan Allahyarham dan pengorbanannya dalam perjuangan bersama PRM dan KeADILan hinggalah merangka manifesto KeADILan dalam PRU lalu. Sentuhan halus dengan bahasa dan puisi pendek yang memukau daripada Sasterawan Negara A Samad Said, penampilan Allahyarham sebagai sarjana wibawa dan prihatin oleh Prof Clive Kessler, serta penglibatannya dalam aktiviti Kelab Sosialis dan aktiviti demonstrasi.

Saya diundang Allahyarham beberapa minggu sebelumnya untuk melancarkan buku. Namun saya sempat menukil pengalaman bersamanya, teguran yang diterima termasuk terhadap menteri yang melancarkan buku yang tidak dibaca, apa lagi dihadam. Maka untuk berlaku adil kapada pemikir bangsa tersebut, saya turut mengupas karya Allahyarham, kegelisahannya lantaran merosotnya mutu pendidikan negara, tekadnya mempertahankan mutu penguasaan dan pembakuan bahasa. Pokoknya beliau mencabar minda dan meransang wacana segar terutama dalam iklim politik yang membelenggu pemikiran.

Kesempatan singkat bersama A Samad Said, A Bakar Hamid, Hassan Ahmad, Syed Ahmad Jamal, saya menfaatkan untuk menyentuh inisiatif lanjut memperhebat wacana mengenai isu bahasa, budaya dan ekonomi.

ANWAR IBRAHIM

Sumber : Anwar Ibrahim Blog

Ambutit - Kehilangan yang sukar dicari ganti, bersamalah kita meneruskan perjuangan beliau....Al-Fatihah...

Pusat perlu akui silap sekat peruntukan pembangunan ke Kelantan - MB
Md Hakimi
Mon | Apr 28, 08 | 6:46:38 pm MYT

KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) - Sesuai dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Umno memohon maaf di atas kesilapan lampau, maka perkara serupa perlu juga dilakukan terhadap kerajaan Kelantan.

Malah mereka perlu mengakui kesilapan menyekatkan hak Kelantan mendapat peruntukan terutamanya berkaitan pembangunan yang berlaku sejak 18 tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dilihat kepada ghairahnya pemimpin Umno memohon maaf, maka perkara yang serupa juga wajar dilakukan terhadap negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

�Sekarang masa paling sesuai bagi mengembalikan semangat demokrasi berparlimen memandangkan sejak kebelakangan ini ramai pemimpin BN memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan-kesilapan dan penyelewengan yang pernah dilakukan mereka.

�Begitu juga dalam kes pemecatan hakim-hakim kanan yang berlaku lebih 20 tahun lalu. Sebagai tanda bersalah kerajaan pusat membayar sejumlah pempasan kewangan kepada hakim yang dipecat ketika itu.

�Sangat wajar sekiranya permohonan maaf turut dibuat kerajaan pusat terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan kerana sejak sekian lama peruntukan pembangunan dinafikan.

�Saya selaku Menteri Besar akan mengutuskan surat rasmi kepada Perdana Menteri supaya mengembalikan semula peruntukan pembangunan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri,� katanya selepas majlis angkat sumpah Adun di Dewan Undangan Negeri Kelantan, hari ini.

Ekoran kemerosotan teruk prestasi pada pilihan raya umum lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu kerajaan BN memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menurut senator tersebut tindakan pemecatan itu memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

Manakala dalam kes lain Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon maaf secara terbuka dalam isu keris Panca Warisan yang sering dijulang setiap kali perhimpunan agung Umno diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kalau kerajaan pusat boleh membayar kepada hakim-hakim dan mengaku kesilapan besar memecat mereka, maka perkara yang serupa perlu dilakukan terhadap Kelantan.

�Kalau hakim dibayar pampasan, kerajaan Terengganu juga menuntut kembali royalti petroleum maka kerajaan Kelantan juga mempunyai hak serupa,� kata beliau.

Malah tegas beliau kerajaan pusat sepatutnya menyalur kembali peruntukan dan bantuan yang menjadi hak kerajaan negeri, sesuai dengan semangat kerjasama antara negeri dengan Persekutuan sebagaimana dijamin perlembagaan.

Menurutnya kerajaan negeri di bawah BN menerima terus peruntukan pembangunan termasuk pembinaan perumahan awam kos rendah, namun ia tidak berlaku di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu semata-mata kerana diperintah PAS.

�Sedangkan Kelantan juga sebahagian daripada Malaysia dan kerajaan negeri yang ada sekarang sebuah kerajaan sah dipilih rakyat melalui sistem demokrasi yang sama-sama kita dokongi,� ujarnya.

Selain itu kata beliau kerajaan Pusat pimpinan Umno perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia kerana melakukan kesilapan besar sepanjang tempoh 50 tahun lalu apabila tidak menjadikan Islam sebagai dasar dalam pemerintahan negara.

Menteri Besar juga melahirkan rasa syukur dan gembira di atas perubahan minda rakyat sehingga membawa kepada kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

�Kemenangan pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini sebenarnya melibatkan perubahan pemikiran rakyat yang yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP.

�Perubahan jelas berlaku di kalangan rakyat bukan Islam di mana mereka boleh menerima dan yakin dengan kepemimpinan PAS,� kata beliau. - mj

Sumber : Harakahdaily

Ambutit - Telah lama Kelantan "TERLEPAS PANDANG" oleh Kerajaan pusat, harap-harap selepas ni "TERPANDANG" lah ....rakyat kelantan juga merupakan Rakyat MALAYSIA, tidak ADIL sekiranya mereka terus Dipinggirkan oleh kerajaan pusat BeEnd.....Tahniah Tok Guru, Karisma dan kepimpinan Tok Guru terus memacu Negeri Kelantan kearah kemakmuran...

Penyapu bukan punca BN hilang S'gor
Fathi Aris Omar & Syed Jaymal Zahiid | Apr 28, 08 5:14pm

Eksklusif : Bekas menteri besar Selangor menafikan "anugerah penyapu" kepada seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi punca BN kalah teruk sehingga negeri itu kini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata sebahagian besar faktor tidak ditentukan oleh negeri tetapi "akibat faktor-faktor nasional" di luar pengaruh negeri itu.

"Saya tidak bersetuju, kalau faktor penyapu menyumbang kepada kekalahan negeri Selangor.

"Apa telah berlaku di Pulau Pinang, apa telah berlaku di Kedah, Perak dan juga Wilayah Persekutuan? Itu semua isu politik bila mana kita menafikan, sindrom sangkalan kita," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

khir toyo broom awardBeliau diminta mengulas tuduhan dua akhbar utama Akhbar Berita Harian, senada dengan New Straits Times, pada 16 April yang mendakwa isu anugerah penyapu, keris dan perobohan kuil sebagai punca-punca yang menyumbang ketewasan teruk BN dalam pilihanraya umum ke-12.

Melalui lidah pengarang yang jarang-jarang dimuatkan di halaman muka depan, dua akhbar itu menyatakan: "Ada yang mahu (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan (pilihanraya umum 8 Mac) itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu.

"Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu."

Tindak-tanduk yang dimaksudkan itu termasuklah upacara menghunuskan keris oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di persidangan agung Pemuda yang "mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN".

Harian itu, yang dianggap dekat dengan perdana menteri, juga mendakwa kejadian merobohkan kuil di Selangor dan menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam sehingga "menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan."

Anugerah penyapu itu disampaikan Dr Mohamad Khir kepada yang dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail pada 17 November lepas sebagai lambang pengajaran akibat memberi perkhidmatan yang paling tidak memuaskan daripada keseluruhan PBT di negeri itu.

Dalam wawancara Khamis lalu, mantan menteri besar itu berkata:

"Apabila saya bincang, setahun yang lepas, mereka setuju. Ada cadangan memberi (anugerah) selipar, gantung selipar di leher. Ada pula yang mencadangkan, suruh kita pakaikan baju koyak dan ada mencadangkan beri penyapu.

"Cuma mungkin kesilapan (saya, menganugerahkan) penyapu (yang) tidak dibalut. Itu sebab yang siapkan (anugerah) itu bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semua ini. Dan dah dipersetujui sebelum itu," katanya.

Tidak lama selepas wawancara tersebut, Dr Mohamad Khir juga menyentuh isu yang sama di blognya.

"Hadiah penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut," coretnya.

"Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai (bahawa menjadi amalan) biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan.

"Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui sebagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima."

Keputusan setahun lebih awal itu, tambahnya lagi, dibuat agar PBT mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Khir sendiri dihadiahkan PENYAPU oleh RAKYAT dalam PRU12 yang lalu kerana gagal mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh RAKYAT...jangan marah ahh Dato'....
Juruaudit Balkis nafi terlibat RM9.9 juta
Apr 28, 08 7:11pm

Juruaudit luar Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan wang RM9.9 juta seperti dilaporkan.

Akauntan bertauliah Yee Choon Kong & Co berkata yang dipertuanya Zahrah Kechik dan suaminya, yang juga bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star hari ini.

"Ia juga dapat dibuktikan dengan kenyataan Dr Mohamad Khir seperti dilaporkan oleh New Straits Times bahawa 'tidak perlu merujuk atau memaklumkan kepada juruaudit Balkis sebelum badan kebajikan itu dibubarkan dan dananya dipindahkan," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1997.

"Panggilan telefon kepada bendahari (Balkis) tidak dijawab pada tarikh tersebut dan mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan saya juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya dan tidak pernah pula saya 'mengesahkan akaun tersebut sebelum dana itu dipindahkan' seperti laporan New Straits Times," kata pemilik firma itu Yee Choon Kong.

Zaharah, yang memimpin Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor sebelum pilihanraya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu pada 11 Mac dan menubuhkan sebuah badan lain, nama dicadangkan antaranya "Balkis-BN".

Balkis juga dilaporkan memindahkan wang RM9.9 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) selepas akaunnya ditutup sehari selepas mesyuarat tergemparnya itu.

Khamis lalu, menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri - kini ditadbir Pakatan Rakyat - menghalang badan itu dibubarkan dan notisnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada ROS agar tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis sehingga jumlah sumbangan semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dikenal pasti dan siasatan menyeluruh terhadap tindakan Balkis membuat permohonan pembubarkan (kepada ROS pada 13 Mac) serta pemindahan aset-aset Balkis," katanya dalam satu kenyataan.

Selain Zaharah dan Surami, menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor lagi, pemimpin-pemimpin utama Balkis termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua dan Pon Ishak (setiausaha).

Exco Balkis dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mempertahankan tindakannya semalam, Zaharah dilaporkan berkata semuanya itu dilakukan "mengikut perlembagaan dan peraturan Balkis".

Dalam sidang akhbar, Zahrah berkata sebelum seorang isteri menteri besar dilantik menjadi yang dipertua badan itu, ia hendaklah disahkan oleh satu mesyuarat agung.

"Ini bermakna saya masih memegang jawatan yang dipertua pada ketika itu dan saya juga masih belum meletakkan jawatan yang dipertua.

"Oleh itu tidak timbul saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat agung yang dipanggil untuk tujuan pembubaran Balkis," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada waktu isteri memanggil mesyuarat tersebut, Abdul Khalid belum mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Selangor. Beliau mengangkat sumpah pada 13 Mac.

Zaharah berkata badan itu dibubarkan dengan sokongan lebih daripada dua pertiga ahli.

Yee juga menyatakan firmanya satu-satunya juruaudit bertauliah yang dilantik oleh Balkis pada 30 Jun tahun lalu dan tidak tahu-menahu jika ada juruaudit lain yang dilantik bagi menggantikan firmanya.

Yee juga berkata, jika wujud penggantian juruaudit, firmanya harus dimaklumkan oleh firma baru itu kepadanya seperti disyaratkan oleh peraturan kecil bidang profesional itu.

"Setakat tanggal itu, kami tidak menerima sebarang pertanyaan daripada sebarang firma audit yang baru," katanya lagi.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Takkan tak cukup lagi hasil semasa dok memerintah, dah turun takhta pun nak MERAMPOK lagi...iskkk,iskkk...bak kata Meriam [PHSM]...PULANGKANNNN......
Isu MB lantik adik ke BPR esok
Muda Mohd Noor | Apr 28, 08 2:35pm

Ketua bahagian Umno Seremban akan menemui Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dalam pelantikan adik-beradiknya sebagai ahli pihak berkuasa tempatan.

Datuk Ishak Ismail akan membuat laporan tersebut di pejabat BPR negeri di Seremban kira-kira jam 8.30 pagi esok.

"Ia membabitkan kes Datuk Azman dan Datuk Abdul Ghani yang dilantik sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 2004 dalam satu mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Mohamad.

"Saya yang hadir sama sebagai salah seorang exco terkejut kerana Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang antara lain untuk melantik abang dan adiknya menjadi ahli majlis MPN dan MPS.

"Sepatutnya beliau sebagai menteri besar tidak boleh berada dalam mesyuarat itu kerana ia membabitkan kepentingan adik-beradiknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng itu berkata, pada 2004, Mohamad telah mempengerusikan satu mesyuarat exco untuk menyokong pelantikan Azman dan Abdul Ghani.

Ishak digugurkan daripada mempertahankan kerusi negeri itu dalam pilihanraya umum lalu setelah tiga penggal menjadi wakil rakyat.

Ketua bahagian itu seterusnya mendakwa, laporan BPR terhadap Mohamad mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh pihak lain tetapi, dakwanya lagi, BPR telah menutup kes tersebut atas arahan Pejabat Peguam Negara.

"Jadi saya mahu BPR siasat adakah benar dakwaan Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan BPR menutup kes tersebut," katanya.

Ishak menambah, beliau mahu kes ini dibuka semula supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar perkara tersebut.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - hek elehhhh....tak lantik Datuk-Nenek sekali jadi ahli majlis tu....
Ahli Dewan Rakyat angkat sumpah
Apr 28, 08 11:24am

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di depan yang dipertuanya pagi ini.

Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Sebelum upacara perdana menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengangkat sumpah dan dimasyhurkan sebagai yang dipertua dewan di hadapan anggota-anggota parlimen.

Dua ahli parlimen BN Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee terpilih sebagai timbalan yang dipertua dewan dalam pengundian.

Ahli-ahli parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan calon DAP Dr. Tan Seng Giaw, ahli dari Kepong.

Junaidi memperoleh 141 undi, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).

Sesi pertama penggal pertama akan berlangsung mulai hari ini sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember.

Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang.

Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.

Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Maka bermulanya tugas MP yang telah dipilih oleh RAKYAT secara rasmi...jangan pula lepas ni lupa atau buat-buat lupa apa yang telah dijanjikan kepada RAKYAT. INGAT!! timbul tenggelamnya anda dalam kancah politik ini ditentukan oleh kuasa RAKYAT....ingat tuu....
Azizah bukan ketua p'bangkang lemah
Jimadie Shah Othman | Apr 28, 08 1:07pm

Eksklusif: Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali.

"Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan.

"Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas.

black 14 questioning 160408 wan azizahWan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, terpilih sebagai ketua pembangkang selepas partinya menguasai 31 kerusi, manakala DAP 28 dan PAS 23.

Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen.

Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004.

Dalam wawancara eksklusif itu, Azmin juga mengakui beliau salah seorang yang terlibat dalam rundingan untuk memujuk wakil-wakil BN melompat kepada Pakatan Rakyat.

"Saya tidak menyatakan bahawa saya penggerak utama. Ketua umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) penggerak utamanya yang memimpin perbincangan dengan mereka tetapi saya menolongnya kerana beliau jua ada komitmen lain," katanya.

"Saya akan memastikan perbincangan diteruskan dan saya laporkan langsung padanya tentang perkembangan terkini tentang perkara ini."

Beliau juga menafikan Anwar tidak serius apabila membuat kenyataan peralihan sokongan lebih 30 ahli parlimen BN itu akan berlaku selewat-lewatnya 16 September ini.

"Beliau mengumumkan perkembangan terkini. Semuanya berasaskan fakta dan nombor (angka mereka yang akan meninggalkan BN) ... Tetapi apa yang penting sekarang, apabila kita mengisytiharkan kerajaan persekutuan yang baru, ia mesti ada kredibiliti.

azmin interview 260408 office"Kita tak mahu membentuk kerajaan yang lemah. Jika majoriti (yang menyertai Pakatan) sangat tipis, ia tidak bagus untuk negara dan rakyat. Jadi, kita ada masa yang cukup. Mereka (BN) yang dikejar masa. Jadi, kita akan terus menguatkan posisi kita sebelum buat pengumuman tersebut."

Ditanya kenapa tanggal 16 September dipilih sedangkan tempohnya tidaklah terlalu panjang dari sekarang, Azmin berkata:

"(Tanggal) ini tentang strategi, bagi saya lebih cepat lagi bagus. Tapi kita tidak tergesa-gesa, asas kepada pengumuman kami ialah untuk pastikan pembinaan kerajaan yang kuat dan berwibawa. Itu keutamaan sekarang."

Beliau juga mendedahkan, ahli-ahli parlimen BN yang didekati parti itu bukan sahaja Malaysia timur tetapi juga Semenanjung.

"Tidak saja dari Sabah dan Sarawak, tapi juga daripada Semenanjung, (termasuk) dari ahli parlimen Umno dan seperti saya cakap di awal tadi, isu duit tidak dibincangkan, apa yang kami tawarkan mereka adalah perwakilan yang adil untuk Sabah dan Sarawak.

"Kita akan pastikan mereka dapat perwakilan yang lebih baik (di parlimen dan kerajaan persekutuan) dan hak orang Sarawak dilindungi. Begitu juga dengan pembangunan.

"Jika kita lihat pada Sarawak dan Sabah selepas 50 tahun merdeka, dengan semua petroleum dan royalti ... semua orang Sarawak - Iban, Kadazan, Murut dipinggirkan oleh kerajaan.

"Dan saya tak rasa kita akan sambung dasar (peminggiran) ini."

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Tahniah Datin Seri....Kearah Malaysia yang lebih gemilang

Thursday, April 24, 2008

Ingatan Kepada Karpal - Pas sendiri sudah tidak berminat dengan Negara Islam?
Oleh : MSO

PENENTANGAN yang bersifat kebencian melampau Kapal Singh kepada Negara Islam tajaan Pas nampaknya konsisten. Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu langsung tidak bertolak ansur atau pun bersikap diplomasi dalam agenda ini. Mungkin sikap inilah menjadikan beliau berjaya sebagai seorang peguam pembela yang hebat dan terkenal.

Mungkin juga kerana sikap dan sifat degil berbatu kerikil inilah menyebabkan beliau pernah ditumbuk oleh Kiai Arshad kira-kira 25 tahun lalu.

Dari dulu lagi Karpal Singh menentang perjuangan (Pas) untuk mewujudkan negara Islam. Islam bagi Karpal Singh macamlah babi bagi orang Islam berfahaman konservatif. Berbagai alasan yang beliau berikan, termasuk bahawa perjuangan itu tidak akan tercapai kerana negara ini negara sekular dan perlembagaan negara ini tetap menghalangnya.

Saya tidak tahu macam mana kalau Karpal Singh sudah menjadi timbalan TPM kedua atau ketiga kelak. Apakah semua aktiviti menjurus kepada Islam akan disekat dan dihalang? Beliau nampaknya tidak ada pengertian langsung dan kadang-kadang buta kepada reality politik dan perkembangan semasa atau sengaja memicingkan matanya daripada melihat kebenaran dan kepentingan orang lain!

Akan bingkas

Asaal sahaja bunyi hukum hudud atau Negara Islam beliau akan bingkas dan menentang dan melawannya. Belum tahu ke mana hujung jatuhnya beliau sudah mengaum macam harimau tua yang lapar. Akan dibuat berbagai provokasi agar isu itu melarat dan kelihatan mencemaskan.

Beliau seakan lupa kepada orang yang memperjuangkan agenda itu yang juga duduk bersama dengannya kini. Yang menyokong dan memberi kemenangan kepada partinya sehingga mendapat sebuah negeri dan menjadi anggota Exco di Perak dan Selangor.

Dalam benak Karpal Singh tidak ada ruang langsung untuk umat Islam memikirkan pendaulatan Islam. Tidak tahu kenapa beliau jadi sepongoh itu mengenai Islam. Beliau sendiri tidak mempamirkan beliau seorang pejuang keagamanya (Interfaith) yang tulen dan ekstrim. Karpal nampak biasa sahaja mengenai agamanya.

Juteru saya nampak Karpal Singh ada motif lain di sebalik beliau terus beramin api dengan isu negara Islam. Semacam beliau mahu pintu masuk ke dalam rumah perlembagaan negara tidak akan dikunci dan terus terbiar seperti hari ini. Sebagai pengamal undang-undang Karpal faham bahawa perlembagaan negara hari ini cukup liberal kepada perjuangan partinya. Begitukah?

Dengan membuat asakan begitu rakyat Islam negara ini terus menjaga pintu-pintunya yang ada dalam perlembagaan negara hari ini. Mereka tidak akan cuba menambahkan mangga kunci sehinggakan Karpal dan kuncu-kuncu tidak akan dapat masuk lagi. Bagi mereka tidak payah untuk menguncikan pintu mereka kerana menyangka dengan gertakan Karpal itu pintu mereka sudah kukuh dan kemas. Walhal Karpal dan kuncu-kuncunya sebenarnya sudah pun berada sebelah kaki dalam rumah umat Islam.

Inilah taktik dan strategi Karpal memainkan isu negara Islam berterusan.

Tidak perlu bimbang

Sebenarnya Karpal Singh tidak perlu bimbang kepada negara Islam ala Pas. Karpal Singh perlu sedari apa yang berlaku sekarang ini. Yang berlaku dewasa ini tidak membimbangkan Karpal. Siapa yang menguasai Pas kini? Kini Pas bukan lagi dikuasai oleh golongan serban dan berjubah yang ortodoks dan fanatik! Pemakaian serban hanya menjadi lambang kepada identiti asal Pas sahaja. Karpal harus pandai menilai ini.

Idealisme dan minda Pas kini sudah mula ditawan oleh golongan berbaju kot dan bertali leher dan yang berkepala bolong – tidak berkupiah alias bersyariat Islam.

Golongan ini amat apologik kepada Islam dan negara Islam. Dan dalam Pas kini agenda mengenai negara Islam ia dilihat berbagai-bagai dan pro-kontra. Cuba selidik siapa kalangan pemimpin Pas yang bercakap soal murtad, soal masjid, soal mazhab, atau soal-soal jihad? Sudah berkurang sekali suara dan slogan itu. Semua itu sudah diasosiasikan dengan berkebajikan!

Memang ada yang menjadikan negara Islam sebagai matlamat, tetapi ada juga yang langsung tidak menyentuh soal negara Islam. Dalam setengahnya menolak Islam Hadhari tetapi bersikap lebih daripada itu. Bahkan soal air sembahyang, puasa dan zakat pun ada yang takut-takut untuk menyentuhkan kerana bimbang Karpal dan rakan-rakannya akan menyinga. Wajah-wajah Pas juga ditukar misalnya tarbiah kepada kursus, markaz kepada balai atau pun hall dan sebagainya. Anjakan paradigma sendang berlaku!

Pemisahan agama dan politik yang suaatu masa dulu diratib Pas juga sedang berlaku secara senyap dan penuh taktikal didalam Pas kini.

Dengan senerio dan realiti itu Karpal Singh tidak perlu takut kepada Negara Islam. Tidak payah buang masa dan menyibuk menggesa Pas membuang agenda itu. Gabungan Pakatan Rakyat di mana Pas diikatkan dengan DAP oleh PKR menerusi tangan Anwar Ibrahim menyebabkan negara Islam tidak akan dapat berkiuk – bergerak lagi. Dan saya yakin Karpal dapat membaca ini semua.

Adapun kenapa beliau terus bernyanyi dengan negara Islam, kerana untuk mengekalkan status quo hari ini di mana ia telah memberi ruang dan oksijen perjuangan yang banyak kepada kelestarian perjuangan Karpal dan juak-juaknya.

Sumber : MSO

Ambutit - Jangan membuat perkara yang kurang bijak, rakyat akan membuat penilaian apa yang berlaku pada PRU13 nanti....waspadalah, takkan sesama sendiri pun nak gigit-menggigit.....masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri....tetapi kesepakatan itu penting....
Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar
Nabila Abdullah
Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT


PENAMPANG, 24 April (Hrkh)
- "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.

"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.

Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.

Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

Sumber : HarakahDaily

Ambutit - Tak terbayangkan Pak Lah akan menjadi ketua pembangkang kat parlimen..apa nak buat LAH...dah nasib LAH....

Bapa Altantuya: Saya datang demi kemanusiaan
Muda Mohd Noor | Apr 24, 08 7:45pm

Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia.

"Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?

setev shaariibuu wan azizah pc 240408 05"Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan.

Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata "sudahlah" dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut.

Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj (foto atas: kiri), seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia.

Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa.

setev shaariibuu wan azizah pc 240408 04Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu.

"Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya.

"Anda boleh lihat sekarang jenis manusia berbahaya yang bertugas di peringkat tinggi, khususnya pegawai polis," kata Setev dalam satu sidang media di pejabat penasihat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya. Dua anggota polis unit khas cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dituduh melakukan pembunuhan di sebuah kawasan terpencil dekat Shah Alam.

altantuya razak baginda crime scene 180707 mediaKedua-duanya bertugas di unit tindakan khas (UTK), pasukan berprofil tinggi, antaranya menjaga keselamatan pemimpin utama negara termasuk perdana menteri dan timbalannya.

Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Setev berkata, surat perdana menteri Mongolia yang dihantar kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhir tahun lalu tidak mendapat respons.

Beliau ternyata marah dengan kegagalan perdana menteri Malaysia memberi jawapan kepada surat tersebut.

"Surat terakhir daripada kerajaan Mongolia kepada Abdullah (menyebut), jika Malaysia membuat penghakiman secara tidak adil, tidak bertanggungjawab dalam kes ini, kerajaan kami akan memutuskan hubungannya dengan Malaysia.

"Isu ini bukan hal peribadi (keluarga saya) tetapi isu antara dua negara. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kes ini akan menentukan keadaan ekonomi Malaysia?" katanya.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Besar harapan orang tua ni untuk mendapatkan keADILan buat anaknya....semoga sukses dalam perjuangan ini....
KDN hidupkan semula Makkal Osai
Apr 24, 08 3:20pm

Kerajaan tiba-tiba berubah fikiran seminggu selepas mengharamkan penerbitkan akhbar harian berbahasa Tamil, Makkal Osai - yang dianggap tindakan bertentangan dengan hasrat perdana menteri mendengar hasrat rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

Permit penerbitannya telah diperbaharui dan akhbar berkenaan akan dikeluarkan seperti biasa mulai Sabtu ini.

Kelulusan tanpa syarat Kementerian Dalam Negeri itu diperolehi jam 3.30 petang ini, kata pengurus besarnya SM Periasamy.

Beliau berkata, kegagalan menerbitkan harian itu dalam tempoh tersebut mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya RM400,000.

makkal ossai anwar ibrahim black 14 160408Pada 16 April lalu, akhbar tersebut menerima surat dari pada KDN memaklumkan permit penerbitannya tidak diperbaharui sejak tamat Oktober tahun lepas.

Kementerian itu tidak menyatakan sebab-sebab lesen penerbitan tidak dilanjutkan.

Dalam sidang medianya untuk mengumumkan berita baik itu, Periasamy turut mengucapkan terima kasih kepada KDN.

Harian tersebut yang dikait rapat dengan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam, kemudiannya membuat rayuan.

Sumber-sumber dalaman syarikat itu mendakwa tindakan kementerian diambil terhadap Makkal Osai dipercayai kerana memberi liputan meluas terhadap berita-berita mengenai pembangkang dan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Harian terbaru itu diterbitkan mulai 2005, menyertai dua lagi akhbar untuk etnik India, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Makkal Osai, yang berpejabat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, menggajikan kira-kira 100 kakitangan.

Makkal Osai atau "suara rakyat" - diterbitkan sebagai tabloid mingguan sejak 1990 selepas Tamil Osai tidak lagi beroperasi - diedarkan sebanyak 52,000 naskhah sehari.

Selang beberapa hari selepas pengharaman harian Tamil ini, menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bercadang melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun.

Dengan cadangan baru itu yang disuarakan beliau hujung minggu lalu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah APMC tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.

Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Sekejap cakap batal, sekejap cakap sambung....
Azizah: Saya sedia jadi PM
Muda Mohd Noor | Apr 24, 08 4:52pm

Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional.

"Saya bersedia, insya Allah. Ini kejutan baru kepada saya.

black 14 questioning 160408 wan azizah"Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri apabila Pakatan berjaya mempengaruhi lebih 30 wakil BN untuk beralih kepada gabungan pembangkang.

Dr Wan Azizah, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata, kerajaan Malaysia boleh "bertukar pada bila-bila masa".

Ketika ditanya mengapa tumpuan menarik ahli parlimen BN kepada Pakatan Rakyat ditumpukan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata "itu urusan suami saya."

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi kita tidak paksa mereka.

"Sesiapa yang nak masuk Pakatan hendaklah atas niat meninggalkan parti perkauman dan menegakkan keadilan," tambahnya.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata, bagaimanapun, Pakatan memberikan lebih keutamaan kepada usaha mengukuhkan barisan pembangkang dahulu.

Semalam ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, semalam.

Menurutnya, mereka dijangka menyertai bila-bila masa sama ada, termasuk bulan depan, hari kemerdekaan (31 Ogos) atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia (16 September).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

Azizah mula diuar-uarkan sebagai calon perdana menteri sejak pertengahan bulan ini apabila suaminya, yang dianggap pemimpin de facto pembangkang, tidak menjelaskan bila akan bertanding dan menang kerusi parlimen dalam satu pilihanraya kecil.

Semalam, bagaimanapun, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan memegang jawatan itu tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi".

"(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Saat yang dinantikan akan tiba jua akhirnya.....insyaallah...
Cabul: Tidak boleh tarik laporan polis sesuka hati
Apr 24, 08 3:51pm

Wanita yang membuat laporan polis mendakwa bekas seorang menteri telah mencabulnya, tidak boleh, mengikut undang-undang, menarik balik laporannya itu, kata peguam terkemuka Karpal Singh.

Beliau yang juga pengerusi DAP berkata, seseorang yang membuat laporan polis tidak boleh sesuka hati menariknya melalui surat atau akuan berkanun.

Beliau mengulas tindakan seorang wanita - yang mendakwa dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hotel di KL Sentral - menarik balik laporan polis yang dibuatnya itu, selepas menyedari wujud salah faham berhubung kejadian pada 14 April lalu.

Akhbar melaporkan, wanita tersebut turut membuat satu akuan berkanun bagi menjelaskan situasi tersebut.

Laporan itu memetik peguam Datuk Muhammad Shafee sebagai berkata, akuan tersebut telah dihantar kepada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Katanya, wanita itu juga mengaku mengenali bekas menteri itu sejak lima tahun lalu dan sepatutnya telah biasa dengan cara individu berkenaan.

Risiko laporan palsu

Mengulas lanjut mengenainya, Karpal berkata, seseorang yang membuat laporan polis, berisiko membuat laporan palsu. Dia adalah terikat dengan kandungan laporannya.

"Polis mesti menyiasat laporan wanita itu walaupun dia telah menariknya balik," katanya dalam satu kenyataan hari ini

"Jika laporan terhadap bekas menteri itu didapati benar, maka polis tiada pilihan tetapi mesti mengambil tindakan terhadap bekas menteri itu kerana mencabul wanita tersebut - satu kesalahan serius mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara atau disebat, atau kedua-duanya sekali.

"Sebaliknya, jika siasatan polis mendapati kandungan laporan itu palsu, maka wanita itu mesti didakwa kerana memberi maklumat palsu kepada polis yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Saya menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan mendalam bagi menentukan kebersalahan bekas menteri tersebut terhadap dakwaan mencabul wanita itu atau kebersalahan wanita tersebut memberi maklumat palsu kepada polis," katanya.

Sumber - MalaysiaKini

Ambutit - Main tarik pula mereka-mereka ini.....

Wednesday, April 23, 2008

I'll be Malaysia's PM in 3yrs: Anwar

Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim has confidently predicted he would be prime minister within three years, sketching out the first rough timetable for his dramatic political comeback.

"I don't think we have established a definite, clear time-frame when I will take over [as prime minister] but it certainly wouldn't reach three years... much earlier than that," the former deputy premier told AFP.

"[But] I am not in a rush," he added.

Mr Anwar, heir-apparent to long-time former premier Mahathir Mohamad before being sacked and jailed a decade ago, has emerged as a serious threat to the ruling coalition after the opposition's strong showing in parliamentary polls.

He became free to run for office again last week, when a five-year ban stemming from his corruption conviction expired, and claims he has the support of enough defectors to topple the government.

The Barisan Nasional coalition has ruled Malaysia for more than half a century since the former colony gained independence from Britain but has been rocked by its unprecedented electoral setback in March.

- AFP

Sumber : ABC News

Ambutit - Bila-bila masa dalam 3 tahun ni....Insyaallah..