Tuesday, July 22, 2008

Bila Ketua Polis Negara menggunakan Peguam Pembunuh Altantuya?

Oleh Reformis Melayu

Tidak dinafikan mana mana individu bebas menggunakan mana mana peguam dalam kes mereka, malah Karpal Singh juga pernah digunakan dalam kes pemimpin Kerajaan, Namun bila ia melibatkan "Conflict of Interest" Kepentingan dalam kes yang sedang berjalan tidakkah ia menimbulkan keraguan? Musa Hassan pernah disebut dalam akuan bersumpah Bala Subramaniam berjumpa dengan Najib dengan lafaz "Be cool" dari Najib untuk Razak Baginda. manakala Peguam Kamarul Hisham masih lagi terlibat dalam perbicaraan Altantuya manakala sekarang Musa Hassan menggunakannya dalam kes Saman terhadap Anwar. jadi apa komplot mereka? tidak adakah peguam lain untuk dibawa kes ke Mahkamah? sedangkan ia hanya saman kes sivil bukan kes jenayah untuk menggunakan peguam yang handal, malah Musa Hassan tidak nyatakan tuntutannya tetapi penekanan Musa Hassan dalam Samannya terhadap Anwar adalah perintah Injuksi iaitu satu perintah dimana menghalang dari Anwar atau Media menyiarkan tuduhan Anwar kerana kononnya ia Fitnah. mengapa Musa Hassan terdesak untuk menghalang pendedahan Anwar. Anwar bukan cakap kosong kerana ia beserta Dokumen asal. jadi ini satu tindakan terdesak Musa Hassan kerana Anwar punyai bukti kukuh. itu sebabnya ia tidak nyatakan jumlah tuntutan tetapi mahu menghalang pendedahan oleh Anwar. mungkin kerana Musa hassan malu untuk hanya membuat perintah Injuksi lalu diselitkan dengan Saman Malu. jangan berselindunglah Musa Hassan. kami semua tahu kerja jahat yang telah kamu lakukan.

Apa Jaminan Kes Altantuya tidak ada komplot antara Peguam Kamarul Hisham peguam peletup Altantuya dengan Musa Hassan sebagai orang yang bertanggung jawab dalam kes tersebut. malah dia disebut dalam akuan bersumpah berjumpa dengan Najib Tun Razak antara nama disebut orang yang terlibat bersama isterinya Rosmah Mansur dalam akuan bersumpah Raja Petra. malah saya ingat Raja Petra kini punyai sebakul bukti dari kes keterlibatan Musa Hassan dalam kes Goh Ceng Poh bapa kepada segala penjenayah dan kongsi gelap sehinggalah bukti dokumen keterlibatan Musa Hassan dalam kes rekacipta bukti dalam kes liwat Anwar pada tahun 1998. saya ingat dalam waktu terdekat ini juga Musa Hassan akan mengambil tindakan yang sama terhadap Raja Petra.

Kini pertembungan (Raja Petra & Anwar) dan (Musa Hassan & Gani Patail) ke peringkat babak terakhir, siapa agaknya akan dimusnahkah. antara EVIL dan ANgel.saya minta seluruh penyokong pembangkang tidak duduk diam dalam keadaan begini,diminta semua buat salinan dan  sebarkan segala artikel dan dokumen berkenaan Musa Hassan dalam siri pendedahannya dari tahun 2006 kepada khalayak awam. malah setiap balai Polis juga mesti dihantar salinan dokumen salah laku Musa Hassan agar sokongan bawahan Polis beralih kepada perubahan yang dinantikan Rakyat. antara Dokumen yang perlu diedarkan termasuk siri pendedahan dari Datuk Ramli Yusuf keterlibatan Musa Hassan dan kongsi Gelap serta kisah reka bukti iaitu komplot antara Musa Hassan dan Gani Patail. ini adalah masa yang tepat kerana perhatian umum kini sedang tertumpu kepada Kes Musa Hassan dan Gani Patail. ayuh kembalikan edaran risalah seperti yang dilakukan di Era Refomasi!!

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! 
AWAN TETAP LAWAN

Reformis Muda

Sumber : M@rhaen

Ambutit - Banyak lagi yang akan terdedah sehingga akan tertelanjang semuanya...

No comments: