Saturday, September 13, 2008

Welcome Back ISA......

12 September 2008 - ISA Kembali......



3 orang telah ditahan dengan I.S.A hari ini (12 September 2008) iaitu Raja Petra Kamaruddin, 
Tan Hoon Cheng (Wartawan Sin Chew Daily) & YB Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.


Bagi aku, apa jua kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga mereka (setakat ini) ini, wajib dibicarakan di Mahkamah. Menahan tanpa bicara, adalah satu kezaliman. Apa jua kesalahan yang dilakukan oleh mereka, bukan tiket untuk menahan secara membuta tuli!



Pak Lah boleh bagi apa jua alasan, tetapi 'Imam Besar Hadhari' mesti akui ISA adalah akta yang paling kejam yang masih bermaharajalela di Malaysia. Bagi aku, yang menganut AGAMA ISLAM, aku WAJIB MENENTANG AKTA I.S.A ini. Ia ZALIM....! ZALIM...! ZALIM...!



3 orang telah ditahan dengan I.S.A hari ini (12 September 2008) iaitu Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng (Wartawan Sin Chew Daily) & YB Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.


Bagi aku, apa jua kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga mereka (setakat ini) ini, wajib dibicarakan di Mahkamah. Menahan tanpa bicara, adalah satu kezaliman. Apa jua kesalahan yang dilakukan oleh mereka, bukan tiket untuk menahan secara membuta tuli!



Pak Lah boleh bagi apa jua alasan, tetapi 'Imam Besar Hadhari' mesti akui ISA adalah akta yang paling kejam yang masih bermaharajalela di Malaysia. Bagi aku, yang menganut AGAMA ISLAM, aku WAJIB MENENTANG AKTA I.S.A ini. Ia ZALIM....! ZALIM...! ZALIM...!

Tulisan dari saifulislam.com mungkin boleh menyedarkan kepada kita betapa zalimnya ISA ini.


Antara Kamunting dan Guantanamo Bay

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

  1. Yusuf tidak bersalah
  2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.

Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasiNapoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

Sumber : Lot 250

Ops Lalang II, usaha terdesak? - MalaysiaKini

Polis telah menahan seorang ahli politik pembangkang, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan dalam satu operasi mengejut ketika pihak pembangkang merancang untuk mengambil alih kuasa.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 04
Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional - yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa - merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.

"Apakah Malaysia kini dicengkam satu lagi kegilaan ISA, sepertimana Operasi Lalang 21 tahun lalu apabila ramai yang ditahan di bawah ISA dan tiga akhbar ditutup?" kata ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut ditahan dalam operasi tahun 1987 itu.

Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.

Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Umno - selaku tulang belakang BN - terpaksa bertindak menghukum pemimpin berkenaan.

tan hoon cheng 04 120908
"Rakan-rakannya (Tan) dari SinChew Daily terperanjat dengan penahanannya," kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan. 

"Sin Chew Daily akan berpegang teguh kepada pendirian editorial kami," tambahnya.

Sementara itu, Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP - sebuah parti dalam barisan pembangkang - Pakatan Rakyat - juga turut ditahan di bawah ISA.

Sementara tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainyha, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong. 

teresa kok modern pig farm 150408 talking
Teresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu "tidak masuk akal".

ISA yang ditentang oleh badan-badan hak asasi manusia supaya dimansuhkan, membolehkan seseorang itu ditahan selama dua tanpa bicara dan boleh dilanjutkan tempohnya setiap dua tahun berikutnya. Ia biasanya digunakan untuk menahan suspek keganasan.

Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengambil kuasa minggu depan, mengecam tindakan menggunakan ISA sebagai "kejam dan tiada justifikasinya".

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai melancarkan operasi penahanan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno.

Beliau semakin berdepan dengan desakan dari pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya melepaskan jawatannya lebih awal daripada yang dijanjikannya - untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada pertengahan tahun 2010.

Surat tunjuk sebab

Sementara itu, Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh aktivis, artis, ali akademik dan ahli politik telah ditahan.

"Kedua-dua insiden itu adalah sama kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akhbar - Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sundan akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - juga telah diberi surattunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiganya mendapat surat tunjuk sebab itu dari kementerian dalam negeri, yang meminta mereka menjelaskan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka atau berdepan dengan tindakan digantung penerbitan.

- AFP

Dipetik : MalaysiaKini

Monday, September 8, 2008

BN Kehilangan 1 lagi kerusi - MalaysiaKini

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

pensiangan joseph kurup by election court sabahJoseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.

pensiangan sabah parliament seat 080908Beliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari lalu apabila kertas pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi (masa tamat penyerahan borang).

Pada hari penamaan calon, Andipai dan seorang lagi calon, Saimeh Usau, terlepas masa menyerahkan borang dan mahu menyerahkannya selepas masa itu tamat.

Kedua-duanya mendakwa bahawa perjalanan mereka ke pusat penamaan calon telah dihalang.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbuat demikian - borang pencalonan Andipai diterima pada jam 10.25 pagi dan borang pencalonan Saimeh lima minit kemudian.

Bagaimanapun, sewaktu tempoh bantahan, Kurup membuat bantahan dan ianya diterima oleh pegawai pengurus pilihanraya. Beliau kemudiannya membatalkan pencalonan Andipai dan Saimeh.

Kurup kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah. Beliau juga merupakan bekas timbalan ketua menteri Sabah.

Sumber : MalaysiaKini